Sunday, April 4, 2010

Cuti AnganKU musnah

Setelah hampir lebih 9 bulan tak mengupdate blog ini. Hari ini teringin pulak meluangkan masa untuk menaip. Hari ini 04 April 2010. Genap umur 38 Tahun. Alhamdulillah rezeki yang di anugerahkan untuk kami masih lagi ada di bumi Arab ini.
Walaupun kontrak dah tamat hujung bulan Mac ni tapi nampak gayanya masih lagi ada peluang bekerja.Petang tadi Mas Hairul Nizam bagi BigMac katanya hadiah hari jadi.Terima kasih bro MAS.
Hari ni kerja shif A iaitu 12pagi hingga 8 pagi waktu Arab Saudi.Datang awal setengah jam dengan tujuan untuk berjumpa dengan BOS.Masuk2 jer bilik dah kena leter sebab telah membuat kesilapan besar. Macam biasalah kena tunjuk muka bersalah tapi selepas selesai mintak maaf baru lah masuk jarum tanya pasal cuti.Apakan daya bos bagi cuti April bukannya May sebagaimana kelulusan awal yang telah diberi melalui email.
Sebenarnya cuti untuk bulan MAY telah lulus tapi barulah malam ni bos perasan yang kami dari satu department bercuti serentak dalam satu masa yang sama. Jadi kelulusan awal tadi terbatal.Keluaga di Malaysia dah aku sendiri berasa seronok boleh plan untuk bercuti dengan berita ini maka dengan rasminya “CUTI ANGANKU MUSNAH”

No comments:

Post a Comment