Sunday, July 5, 2009

Bosan

Aku bosan kerja di GNCC ni. Kalau masalah ini beterusan mungkin aku akan berenti . Masuk 7.30pagi dan kuar 4.10ptg. Nak makan pun tak sempat, bila perut masuk angin mulanya badan pun berangin.

Monday, June 22, 2009

Selamat Tinggal TAIF

Hari ini pergi kerja agak awal jugak seawal 6.40pagi. Al maklumlah jam 4.30am Budin dah call dari GNCC Riyadh mengenai satu site yang down. Aku dah agak dah sebab site tu dah beberapa hari ada masalah power. Aku senang jer Thai cii je kat orang lain, bagi aku sambung tidor...akhakk..

Lepas tai chi menai chi aku kena jugak pi check site tu, bukan apa nak bagi confirm jer masalah power tu. Aku tunggu kawan aku Muhammed Al Salmi datang ambik aku kat umah. Bukan senang Pak arab datang umah untuk pi site. Tapi dia ni memang anak murid aku yang patuh tak sampai 3 bulan dia dah boleh handle sendiri kalo ada masalah site 3G. Aku dah turun ilmu aku sekiranya aku dah habis contract nanti. Pada mulanya aku sangka contract habis bulan May tapi Alhamdullilah sambung setahun hingga March tahun depan.

Petang tadi 2.30pm aku dapat email dari Manager Nokia yang menyatakan aku akan di tukarkan ke GNCC riyadh. Aku di bagi kurang 3 minggu untuk ke sana. Terbayang bertapa susahnya nak hidup kat sana jika dibandingkan duduk kat TAIF ni. Kos sara hidup tinggi di sana.
Apa yang aku sayu kan adalah peluang aku ke Mekah tidak seperti dulu. Dulu boleh balik hari jika aku ke sana. Akan datang ni perjalanannya kurang lebih 1000km dari Riyadh. Dulu aku pernah ke Riyadh dengan isteri di mana perjalanan mengambil masa 7 jam dari TAIF.

TAIF, setelah 3 tahun aku dok sini, tenang Aman dan seronok kerja di sini kerana orang STC di sini banyak memberi kerjasama untuk memudah kan kerja. Bukan itu sahaja setiap kali ramadhan depa ajak pi Mekah buat Umrah, ada pulak majlis berbuka puasa beramai-ramai di Istirehah mereka. Ada jugak yang menjemput ke rumah untuk berbuka puasa. Selain itu hari rAya Haji bos no2 akan ajak makan laham salik. Itu semua dah tinggal kenangan yang aku rasa tak semua orang ARAB akan berbuat dekian kat orang luar.

Tak sangka pulak selepas 3 Tahun satu bulan kena pulak behijrah ke riyadh.Semoga Allah memudahkan kerja2 aku disana . InsyaAllah.....Amin.

Friday, June 19, 2009

Tawaf Sunat


Alhamdullilah minggu ni dapat sekali lagi bersama Sabirin dan sorang lagi kawan dari Abha iaitu Jasman membuat tawaf sunat sebelum 10 minit masuk waktu maghrib. Walaupun orang ramai malam minggu ini tapi bersyukur dapat terpilih untuk menunaikannya. Selepas selesai tiga pusingan kami berhenti solat Mahgrib, kemudian sambung dan berhenti kali kedua lagi untuk solat jenazah kemudian sambung sehingga selesai.

Semenjak dua menjak ni rasa sayu dan terkilan jugak sebab jarang menjengah Masjidil Haram apa tah lagi untuk membuat tawaf sunat. Pergi Mekah boleh dikatakan setiap minggu tapi jarang meluangkan masa untuk kesana.

Ya Allah berikan keringanan hati untuk menjejakkan kaki ke Masjid HARAM mu. Pemudahkan diri ini untuk sampai ke sana. Berikan pertunjuk untuk diriku kejalan yang diredhai oleh MU. Amin...

Thursday, June 18, 2009

Majlis Perpisahan

Rasanya terlalu cepat waktu berlalu, rasa baru sangat aku turun Mekah hari rabu minngu lepas menziarah kawan sekerja di Uniphone Ushasama dulu. Mahmud Zuhdi datang bersama kaum keluarga seramai 13 orang. Memang seronok datang ke sini bersama kaum keluarga lebih lagi untuk membuat umrah. Dapat juga bersama merasa Laham mandi dan serba sedikit pencuci mulut dari bumi Mekah ini.


Petang tadi 17 June 2009 bertolak ke Mekah jam 6.15ptg, selepas sms Umi dan Sabirin utk memberi tahu nak bergerak dari TAIF. Perjalan dalam hujan renyai2 memang merimaskan, bukan apa kerana cuaca bergini biasanya network tak stabil. Aku ni kerjanya 24 jam sehari dan 7 hari seminggu iaitu sentiasa berada dalam stanby mode. Tujuan ke Mekah hari ini untuk meraikan majlis perpisah dua orang pelajar Universiti UMMU QURA Mekah yang akan pulang ke Malaysia setelah menghabiskan 6 Tahun pembelajaran di sini. Majlis ini di buat di Hotel Marwah Mekah.

Ustaz Lutfi kiri, Ustaz Hakim Tengah dan Haji Kuzaini

Ustaz Lutfi (kametaken-blog Najwa) dan Ustaz Hakim adalah dua pelajar tersebut. Lutfi ni memang terkenal dengan kehebatan menghasilkan gambar2 menarik di Mekah dan juga model tetap Wassem & Isterinya. Hakim pula guru bahasa Arab bagi ahli usrah mekah dimana aku pernah aktif bersama ahli Usrah Mekah ni, tetapi setelah aku sibuk dengan kerja di Taif menyebabkan jarang aku bersama.Majlis ini telah di Anjurkan oleh tuan rumah Haji Arsad dengan kerja sama Amir usrah Mekah iaitu Hj. Kuzaini.

Semoga mereka berdua akan mendapat kerjayaan setelah pulang ke tanah air nanti atau mungkin dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Monday, June 8, 2009

Keliru

Hari ini adalah hari aku berehat di opis. Lepak2 sambil tengok2 RNC, belajar serba sedikit camana nak guna MML. Ilmu ni lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu. Tapikan kalo kita tak belajar pun tak boleh jugak nanti lansung kita tak tahu.

Macam biasalah lepas Azar perut ni rasa lapar pulak, Ajaklah si Zaifull pi PANDA perkena AL-BAIK, tapi di sini taklah sehebat AL-BAIK di Mekah Jeddah dan Madinah. Disana ada ayam goreng yang sedap dan beranika pilihan menunya.Sebab terasa lapar order lah burger, nugget dah jagung. Alang2 dah sampai PANDA ni teringat pulak nak pi carik pencuci laptop sebab dah berabuk sangat2. Macam biasa AL-BAIK menyediakan Tisu Basah untuk lap tangan, biasanya zaifull akan kumpul tisu basah ni untuk lap laptop dia. Tapi aku dengan confidentnya mengoyak sampul tisu basah tu dan lap tangan sambil cakap kat zaifull " kita carik Alcohol wipes utk laptop kat Extra pas ni"

Sebelum ke Extra aku pun keluarkan duit sebab dalam beg duit ada 25 riyal jer. Aku bukan suka bawak duit banyak2 sebab ringan tangan jer nak membeli. Lagi pun zaifullkan ada pinjam jer duit dia dulu hehehehehehe...Sampai di extra aku ngan zaiful mencari-carilah benda tu. Aku cakap kat zaifull "Macam tade de jer kat sini ". "aku rasa ada kat sini , cuba kita carik lagi"kata zaifull. Sedang aku tercarik2 kat rak2 tu zaifull jerit panggil aku "Zam ni dia kat sini, tapi kenapa besar sangat dan murah pulak SAR15 jer, dulu aku beli kecik jer SAR12." Aku pun buat tak dengar apa zaifull cakap ,aku kalo nak beli sesuatu tu akan beli jer tak kiralah bentuknya besar ker , kecik ker, bulat ker, panjang ker atau bentuk bola2 api ker aku ambik dah bayar.

Baru nak mula cerita sebenarnya ni, tadi tu baru intro jer. Aku balik rumah dengan semangat nak mencuci laptop aku yang dah berbulan tak di cuci. Aku pun tanya zaifull camana nak bukak benda tu, kena tanya jugak sebab benda ni beralkohol dan cepat kering, kalo kering nanti dah tak leh nak pakai lagi. Lepas godek2 benda tu barulah boleh kerluarkan selai dan aku cuba lah. " Eh apasal lain macam jer benda ni? Biasa sejuk beralkohol tapi ni basah macam berair jer ? Zaifull pun baca pada botol tu " Wet Wipes, Vermin Killer" Lahhhhhhhh benda ni rupanya bukan alkohol wipes untuk cuci laptop tu ker, bentuk botolnya sama jer,cuma besar sekali ganda jer. Zaifull kata " Aku dah kata tadi kenapa benda ni murah, tapi kau buat DONOO... jer" Aku terduduk depan pintu bilik dia dan kami tergelak besar.....

Baru aku teringat masa Alya baby dulu aku selalu beli benda ni utk cuci BERAK dia. Aku sebenarnya dah tersalah beli sebab KELIRU. Kat sini aku bukan ada baby jadi aku terfikir nak letak jer dalam jamban umah ni, mana tahu masa2 tak de AIR boleh gak kami guna untuk SELETTT nanti, Hahahahahahahha......

Moral of the story " Tengok betul2 sebelum membeli, nanti rugi sendiri "


Wet Wipes

Saturday, June 6, 2009

Pembukaan Jalan Bukit Al-Hada Taif - Mekah



Hari ini secara rasminya pembukaan jalan pintas dari Mekah ke TAIF. Jalan ini adalah jalan aternatif selain dari Jalan SAIL yang mana boleh menjimatkan masa dari sejam tiga puluh minit ke satu jam mengikut cara memandu. Jarak perjalanan dari TAIF ke Mekah melalui jalan SAIL sejauh 130km dan jika melalui Al Hada kurang lebih 80km .Perjalanan dari kaki bukit ke puncak Al-hada sajauh kurang lebih 35km. Besyukurlah kerana jalan ini dah di buka kerana memudahkan aku berulang alik dari TAIF ke Mekah. Jalan ini telah di tutup untuk kerja2 pembesaran sejak Oktober 2006.



Kali terahkhir aku ikut jalan ni pada 03 September 2006 dimana pada hari tersebut Emak yang tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Aku singgah di HARAM untuk membuat tawaf wadak dan sepatutnya terbang pulang pada malam tersebut. Tapi masalah lain pulak timbul dimana penerbangan Saudi Airline yang aku naik kena pulak tunda penerbangannya. Masa tu Tuhan aje tahu. Ditambah pulak aku tak de kredit untuk membuat panggilan ker Malaysia untuk memberi tahu yang penerbangan tertunda. Alhamdullilah ada jemaah malaysia yang baik hati bagi aku buat panggil ke Malaysia. Semasa menurun bukit Al-Hada aku dah bagi tahu keluarga supaya tidak perlu tunggu aku sampai, uruskan jenazah secepat yang boleh. Dah tak de rezeki nak melihat kali terakhir wajah Emak. Semoga dia di tempat kan bersama orang yang soleh.
Al- fatiha untuk emak...



Alahamdullilah hari ini jugak aku dapat konrak bermula bulan 1hb Jun 2009 hinnga 31 Mac 2010. Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doa aku di depan KA'BAH.

Thursday, June 4, 2009

KLIA 04 June 2006

Hari ini adalah ulang tahun permergian ke Saudi. Hari ini jugak hari terakhir mencium tangan dan memeluk Arwah Emak di KLIA. Seramai 5 orang sekawan melangkah ke dalam perut Cathay Pacific.Penerbangan business class dari KL ke Hong Kong bersama kwn2 iaitu zulkurnain, Afendi,Jamel & Zumali. Mereka berempat ni dah balik Malaysia cuma aku sorang jer masih disini.


Umi & Alya , Adam , Emak mentua dan Arwah Emak



Gambar kenangan bersama Isteri dan anak yang pada masa tu baru 3 bulan umurnya.

Wednesday, June 3, 2009

Nostalgia 1 UUSB

2 june 1997 adalah hari pertama aku mendaftarkan diri sebagai Jurutera di Uniphone Ushasama Sdn Bhd di Seksyen 10 Wangsa Maju Kuala Lumpur.Ditugaskan ke Deparment JKH (Jadual Kadar Harga - Telekom Malaysia)sebagai Jurutera Projek. Ini bermakna dah dua belas tahun dah aku menempuh detik itu. Masuk UUSB bukan aku sorang tapi berjemaah bersama2 kawan sekelas ADIE 94 iaitu Amir Shariman (Project PCN), Mohammad Rizal Maarof (Project TIME), Zamri MaT Darol (JKH) dan kawan IR. Manaf iaitu Fauzi. Dalam deparment JKH aku berdua diamana aku menjaga kawasan Kuala Lumpur dan Zamri menjaga kawasan selangor.JKH ni adalah projek anugerah dari Telekom Malaysia yang menjalankan kerja kabel (copper cable & Fibre optic ) di damping itu kerja Civil seperti Man Hole ducting, trunking dan kerja2 yang sewaktu dgnnya.

Tuesday, June 2, 2009

Buah Tin di TAIF


Ini lah pokok dan buah tin, yang masih muda.

Contract

Contract sebenarnya dah habis 31 Mei yang lalu. 2 hari ni datang dan kerja macam biasa. Sekiranya tiada contact dalam masa 2 minggu ni kenalah bersiap2 membungkus barang dan balik ke Malaysia. Sebelum itu dah atur mana2 tempat yang hendak pergi sebelum balik ke Malaysia. Pertama nak pi Madinah, tahun lepas pi sana dengan zaujah dan Ustaz Hafis. Pengalaman pi sana memang mencabar... sampai jer sempadan madinah ada site down pulak... bukannya dekat nak patah balik. Kurang lebih 550km dari TAIF ni. Mintak tolong kawan si Rowel mamat Filipina utk attend ke site, tapi dia tak boleh solve jugak. Hijau semalam di hotel Madinah tu... Nak ada rezeki teringat pulak kawan serumah. Mintak tolong dia pi site tu pagi2 esoknya. Ini talian hayat terahir kalo dia ni tak boleh buat kenalah berangkat pulang ke TAIF semula. Alhamdullilah dapat ilham camana nak settle problem tu,tambahan pula dapat pertolongan Zaifull yang bersusah payah naik DEBAB ke site . Dan dapatlah bersama zaujah jalan2 di Madinah. Salah satu tempat kita orang pergi adalah Bukit magnet. Ceritanya lain kali lah tentang bukit ni. Sebenarnya di Saudi ni banyak tempat menarik tapi semua itu bergantung dengan kelapangan dan kekuatan fizikal nak menjelajah.

Berbalik pasal contract ni tadi ada mamat dari UK call suruh update CV. Peliknya kenapa mamat UK ni yang mintak update CV bukan dari agent Saudi. Nak update CV ni bukan kerja mudah, dah 3 tahun tak update. Mungkin dia nak jaja ke tempat lain selain Saudi kot. Ini kena tanya kawan2 punya pendapat dulu. Apa2 hal kena tanya agent sini dulu.

Friday, May 29, 2009

Umrah


Alhamdullilah , semalam dapat membuat umrah bersama teman serumah.Bertolak sebelum Asar dan sampai ke Mekkah jam 6.00ptg. 6.20ptg mula tawaf umrah dan selesai jam 8.00mlm. Maghrib kali ini berimam kan Abdul Rahman Al-Shudais. Dah lama tak dengar suara merdu Imam ni. Selepas Isyak di HARAM terus ke JAYAKARTA. Pekena ayam masak berlada.Ini kira makanan sedaplah disini.

Seperti biasa menumpang tidur rumah kawan di Awali. Kebetulan kawan lama dari Riyadh Harun datang buat bersama kawannya Muhammad Rokid. Ada juga rezeki jumpa kawan2 lama. Dari segi hendak menentukan berapa ramai org di Masjid HARAM ni kita boleh tahu dari jumlah masa kita ambil untuk membuat umrah. Jikalau boleh buat dalam masa satu setengah jam itu kira tak ramailah org. Biasanya jikalau buat malam Jumaat ramai org sebab cuti hujung minggu.

Malam ini selepas Isyak nak pi makan di AL BAIK. Ini restoran paling porpular di Saudi ni, mengalahkan KFC. Selepas tu terus balik ke TIAF sebab Zaifull ada MDT malam ini. (Maintenance down time). Seronoknya turun Makkah kali ini banyak benda dapat di borakkan. Ada tambah ilmu. Ada bagi idea kalau sudah habis kontrak disini untuk memulakkan hidup baru di Malaysia nanti.


Thursday, May 28, 2009

Service ZKA7142


Rasa baru aje service.Bacaan meter 464,063.4Km biasanya setiap 2500Km akan service tapi lepas ini biarlah 3000Km, bukan selalu jalan jauh pun. Paling jauh pun pergi ke Jeddah.Orang work shop tu pun dah kenal siap bagi diskaun lagi. Tapikan kenapa guna 5 litter pulak kali ni. Biasanya guna 4.5 L jer,brother Yaman tu kata sebab guna oil filter besar tu yang kena guna lebih. Entahlah, jgn nanti ada masalah lain sudahlah. Jumlahnya SAR95 selepas diskaun & macam biasa dapat dua kotak tisu.Mungkin bulan lepas banyak kali berulang kerja ke Makkah. Rasanya dah dua minggu tak gi sana.Maklumlah minggu lepas di TAIF hujan jadi Network pun tak stabil. Harap2 hari ni dapat gi lah.

Cuti Hujung minggu Khamis 28 May 2009


Khamis adalah hujung minggu di sini. Macam biasa kenalah membasuh baju dan kalau ada rezeki nak pergi ke Makkah. Apa2 hal kena service kereta dulu. Mungkin malam ini tidur di sana. Teringin pulak makan roti canai kat kedai mamak. Ohh ya... fulus dah habis kena pi SAMBA ambik beberapa ratus Saudi Riyal. Semalam baru beli phone baru Nokia 6630 ,secondhand jer SAR350 dan battery baru SAR35. Terpaksa pinjam duit Zaifull SAR 100. Kerja freelance tapi beli phone terpakai. Alaaaaaa.... biarlah tujuan utama nak buat test call iaitu untuk tujuan kerja. Ini kira modal berniagalah. Nak beli mahal2 pun belum ada keperluan lagi. Contract sampai hujung bulan ni aje. Lepas tu tak pasti lagi..... Berbalik pada 6630 ni, disini depa panggil model SYAITAN.. sebab nya akan di jelaskan lain kali. Bukan apa ini lah model pertama phone 3G yang digunakan semasa kerja di SAPURA 3 tahun dulu. Noltagia betul tu... ada camera pun kat satu di belakang. Bila buat test call " You see what I see lah".... penerima panggilan akan nampak apa yang kita nampak.