Thursday, May 28, 2009

Cuti Hujung minggu Khamis 28 May 2009


Khamis adalah hujung minggu di sini. Macam biasa kenalah membasuh baju dan kalau ada rezeki nak pergi ke Makkah. Apa2 hal kena service kereta dulu. Mungkin malam ini tidur di sana. Teringin pulak makan roti canai kat kedai mamak. Ohh ya... fulus dah habis kena pi SAMBA ambik beberapa ratus Saudi Riyal. Semalam baru beli phone baru Nokia 6630 ,secondhand jer SAR350 dan battery baru SAR35. Terpaksa pinjam duit Zaifull SAR 100. Kerja freelance tapi beli phone terpakai. Alaaaaaa.... biarlah tujuan utama nak buat test call iaitu untuk tujuan kerja. Ini kira modal berniagalah. Nak beli mahal2 pun belum ada keperluan lagi. Contract sampai hujung bulan ni aje. Lepas tu tak pasti lagi..... Berbalik pada 6630 ni, disini depa panggil model SYAITAN.. sebab nya akan di jelaskan lain kali. Bukan apa ini lah model pertama phone 3G yang digunakan semasa kerja di SAPURA 3 tahun dulu. Noltagia betul tu... ada camera pun kat satu di belakang. Bila buat test call " You see what I see lah".... penerima panggilan akan nampak apa yang kita nampak.

3 comments:

  1. salam..

    kenapa dipanggil model SYAITAN? bagaimana rupa phone nie?

    Nak juga tahu sebabnya.

    ReplyDelete
  2. Model ini adalah hp pertama 3G.Boleh buat video call, jadi orang arab sini panggil Syaitan kerana di sebabkan hp ni lah akan menular maksiat di sini, dan jugak bakal meninbulkan banyak perkara mungkar.Kat sini awek2 saudi nampak mata jer. Jadi bila ada teknologi ni bolehler tgk muka2 depa tu.

    ReplyDelete
  3. ooo.. begitu ke..
    tapi takkan semua perempuan saudi nampak mata jer..

    dulu pergi ke sana..tak perasan pula.

    ReplyDelete