Saturday, June 6, 2009

Pembukaan Jalan Bukit Al-Hada Taif - Mekah



Hari ini secara rasminya pembukaan jalan pintas dari Mekah ke TAIF. Jalan ini adalah jalan aternatif selain dari Jalan SAIL yang mana boleh menjimatkan masa dari sejam tiga puluh minit ke satu jam mengikut cara memandu. Jarak perjalanan dari TAIF ke Mekah melalui jalan SAIL sejauh 130km dan jika melalui Al Hada kurang lebih 80km .Perjalanan dari kaki bukit ke puncak Al-hada sajauh kurang lebih 35km. Besyukurlah kerana jalan ini dah di buka kerana memudahkan aku berulang alik dari TAIF ke Mekah. Jalan ini telah di tutup untuk kerja2 pembesaran sejak Oktober 2006.



Kali terahkhir aku ikut jalan ni pada 03 September 2006 dimana pada hari tersebut Emak yang tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Aku singgah di HARAM untuk membuat tawaf wadak dan sepatutnya terbang pulang pada malam tersebut. Tapi masalah lain pulak timbul dimana penerbangan Saudi Airline yang aku naik kena pulak tunda penerbangannya. Masa tu Tuhan aje tahu. Ditambah pulak aku tak de kredit untuk membuat panggilan ker Malaysia untuk memberi tahu yang penerbangan tertunda. Alhamdullilah ada jemaah malaysia yang baik hati bagi aku buat panggil ke Malaysia. Semasa menurun bukit Al-Hada aku dah bagi tahu keluarga supaya tidak perlu tunggu aku sampai, uruskan jenazah secepat yang boleh. Dah tak de rezeki nak melihat kali terakhir wajah Emak. Semoga dia di tempat kan bersama orang yang soleh.
Al- fatiha untuk emak...



Alahamdullilah hari ini jugak aku dapat konrak bermula bulan 1hb Jun 2009 hinnga 31 Mac 2010. Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doa aku di depan KA'BAH.

3 comments:

  1. salam,

    Sedih baca cerita ini.Semoga arwah ditempatkan di tempat orang yang soleh dan solehah.. Alfatihah.

    ReplyDelete
  2. Ya memang sedih, inilah cabaran bila kita kerja jauh dari keluarga. Kita leh dapat semua dalam satu masa.

    ReplyDelete
  3. Ralat : Kita tak boleh dapat semua dalam satu masa

    ReplyDelete